top of page
Marble Surface

꧁﷽⸙bismillah⸙﷽꧂

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Nama saya Anis zafirah binti mohd nordin dan saya lebih selesa dipanggil Anis. Saya berasal dan menetap di Kota Bharu, Kelantan. Saya berumur 24 tahun dan telah di lahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan.  Saya merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik saya.  

 

Ketika saya berada di sekolah rendah, saya telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 dari darjah satu sehingga darjah enam. Sekolah ini terletak berdekatan dengan rumah saya dan kini sekolah ini telah dinaik taraf sebagai sekolah Kluster di Kota Bharu. Kemudian,  saya menyambung pelajaran saya pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Salor dari tingkatan satu sehingga tingkatan tiga kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 3 pada tingkatan empat dan lima. Kemudian saya menyambung pelajaran saya ke peringkat Diploma di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Di sini saya mengambil dalam jurusan Rangkaian Komputer (Computer Networking) selama 3 tahun. Saya menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia selama empat tahun. Di UUM telah saya mengambil jurusan dalam Pendidikan Teknologi Maklumat. 

Bagi saya menjadi seorang pendidik atau tenaga pengajar sangat mencabar lebih-lebih lagi pada abad ke-21 ini. Walaubagaimanapun profesion ini telah menjadi minat saya sewaktu di bangku sekolah rendah lagi. Hal ini kerana saya suka melihat cara pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu saya dimana beliau telah menjadi 'role model' yang terbaik buat saya. Maka, dari situ timbul lah minat saya untuk menjadi seorang guru. Saya berharap jika saya diberi peluang untuk menjadi seorang pendidik, InsyaAllah saya akan menjadi seperti beliau. Saya juga berharap semoga saya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang buat negara ini. 

  RESUME SAYA  

Disini saya telah lampirkan resume saya sebagai rujukan. Jika ingin memuat turun resume saya anda boleh tekan di butang muat turun cv di bawah. 

 VIDEO RESUME 

bottom of page