

Sijil e-Portfolio
Pertama, Alhamdulillah dan terima kasih kepada pensyarah saya Dr. Siti Nazuar kerana telah banyak membimbing saya serta rakan saya untuk menghasilkan e-Portfolio. Program PRO-TeP (Profesional Teaching e-Portfolio) ini telah dijalankan di bawah bimbingan pensyarah saya serta kursus SGDM 3043 Developing Web Based Teaching. Alhamdulillah saya mendapat peluang emas kerana dapat menyertai program yang bermanfaat ini, lebih-lebih lagi seorang guru. Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada program ini.

1_edited.jpg)
Sijil E-Sulam
Saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pensyarah saya iaitu Prof.Madya Dr. Nor Hasimah Ismail dan rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah bertungkus lumus menjayakan projek e-Sulam ini. Kumpulan kami telah terpilih untuk mewakili UUM dalam program e-Sulam. Jadi, kumpulan kami telah membuat satu projek yang berkaitan dengan kesusasteraan iaitu bertajuk Teknik Mengajar Bahan Sastera (Cerpen): Catatan Kreatif Anak Permata. Program kami ini dikhususkan untuk anak-anak yatim di Utara. Walaupun rezeki tidak berpihak kepada kami tetapi saya berasa sangat gembira kerana saya memperolehi pengalaman baru.
Sijil Dekan
Alhamdulillah atas pencapaian yang saya perolehi ini. Semoga pencapaian ini menjadi motivasi serta asbab kepada diri ini untuk sentiasa berusaha dan berjaya pada masa akan datang.

Sijil CISCO

Alhamdulillah saya telah diberikan penganugerahan atas ketelibatan saya dalam 'Cisco Networking Academy Asia Pacific and Japan 2017 Netwiders' selama 3 tahun sewaktu di peringkat Diploma. Akademik ini telah dianjurkan sendiri oleh syarikat CISCO di bahagian Jepun dan Asia Pasifik. Saya sangat bersyukur atas perolehan sijil ini kerana bukan mudah untuk memperoleh sijil CISCO ini dan banyak liku-liku yang saya telah harungi sepanjang menjadi NetRiders ini.