top of page
Marble Surface

Pada pandangan saya, penilaian di sekolah merupakan satu kaedah yang bertujuan untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Oleh hal demikian, penilaian yang dilaksanakan seharusnya melahirkan suasana yang kondusif dan selesa dimana ia tidak memberikan sebarang tekanan kepada murid yang boleh menyebabkan emosi, jiwa dan fikirannya terganggu. Bagi mencapai matlamat ini, bagi saya cara serta jenis penilaian perlu diambil kira dan ditekankan supaya kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Selain itu, dengan cara ini juga saya dapat mengenalpasti pelajar-pelajar yang lemah dan yang sudah mahir. 

Terdapat beberapa jenis penilaian yang boleh saya aplikasikan sepanjang proses penagajaran dan pembelajaran iaitu seperti penilaian diagnostik, sumatif dan formatif. Bagi penilaian diagnostik selalunya akan dijalankan sebelum pengajaran berlangsung atau awal persekolahan bagi meninjau minat, gaya belajar, kecenderungan, keupayaan dan pengetahuan sedia ada murid. Penilaian ini boleh berlangsung secara lisan, tulisan mahupun pemerhatian. Oleh itu, dengan adanya maklum balas penilaian ini ia dapat membantu saya merancang pengajaran dengan baik. 

Penilaian Formatif merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Maka, dengan penilaian formatif ini mudah untuk saya memperoleh maklumat dan memperbaiki kurikulum saya. Contoh yang boleh saya buat bagi penilaian formatif ini adalah saya membuat sesi soal jawab, memberi latihan dan membuat ujian yang tidak ditentukan gred. 

 

Seterusnya, bagi penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dikaitkan dengan penilaian pada akhir semesta atau tahun. Penilaian memberikan nilai yang dapat membezakan pencapaian antara bagi tujuan-tujuan pemilihan dan penempatan. Maka saya boleh melihat atau menilai pelajar saya menerusi peperiksaan akhir mereka dan saya juga dapat menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik yang tertentu. 

 

bottom of page