

BENGKEL
Let's Start Editing
Bengkel Let's Start Editing merupakan satu program yang telah dianjurkan oleh inasis BSN dan Misc secara atas talian. Oleh itu, program ini merupakan satu program yang percuma bagi semua pelajar UUM. Memandangkan saya seorang yang minat dalam editing maka saya telah merebut peluang untuk menyertai program ini. Bagi saya ini adalah peluang terbaik untuk saya menambah ilmu serta mengasas bakat saya dalam editing. Walaupun program ini berjalan secara atas talian tetapi saya sangat memahami apa yang disampaikan oleh En. Suhaimi.






Penghasilan Video Pengajaran Menggunakan OBS
Saya telah menyertai bengkel penghasilan video pengajaran menggunakan OBS yang dianjurkan pada 28 Mac 2021. Bengkel ini telah diadakan secara atas talian dan tealh dianjurkan oleh kurusus SGDM3023 Audio and video developement in education dimana kurusu yang telah saya ambil pada semester lepas. Sebelum ini saya tidak tahu dan tidak biasa menggunakan OBS ini akan tetapi selepas saya menyertai program ini saya telah banyak mengetahui serta belajar perkara baru yang boleh saya aplikasikan pada diri saya. Saya sangat bersyukur dan beruntung kerana bukan mudah untuk memperolehi ilmu ini secara percuma dan mudah untuk difahami.
Sembang Santai Bersama Alumni Cikgu Artis & Youtuber
Bengkel sembang santai bersama alumni cikgu artis dan youtuber ini telah dianjurkan oleh Kursus SGDM3023 in Education pada 30 Jun 2021. Banyak ilmu-ilmu yang saya perolehi apabila menyertai bengkel ini lebih-lebih sebagai guru. Cikgu Siti Nurmaya merupakan guru yang aktif secara alam maya iaitu di youtube. Oleh itu, perkongsian daripada beliau sangat membuka minda saya tentang aplikasi youtube ini dimana platform in sanagt sesuai digunakan oleh para guru untuk memudahkan sesi PdP. TIdak ketinggalan juga kepada Cikgu Hamzi dimana beliau merupakan guru Didik TV yang banyak berkongsi ilmu di kaca TV dimana memudahkan para pelajar untuk belajar secara sendiri dirumah mereka. Oleh itu, perkongsian daripada beliau juga turut menarik minat saya lebih-lebih lagi apabila menjadi guru pada abad ke 21 ini.

