


Selamat menonton video ini

Pada pendapat saya teori dapat membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam konteks pendidikan khas. Oleh itu, dengan wujud nya teori-teori pengajaran ini ia dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah teori dapat membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan, teknik, dan kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar. Maka, di sini saya menyenaraikan empat teori utama di dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:
-
Teori behaviorisme atau tingkah laku
-
Teori kognitif
-
Teori konstruktivisme
-
Teori 'connectivism'
Oleh itu, disini saya telah menyediakan infografik yang dapat menyimpulkan serta memudahkan para pembaca untuk memahami keempat-empat teori yang telah disebutkan. Untuk memuat turun infografik ini anda boleh tekan disini.
Di antara keempat-empat teori ini, teori 'connectivism' merupakan teori yang baru dalam era digital. Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran itu adalah satu bentuk rangkaian yang tersebar dan membawa kepada hubungan dalam pelbagai bentuk pengetahuan (Siemens, 2004). George Siemens telah membangunkan teori pembelajaran Connectivisme kerana percaya bahawa teori-teori pembelajaran sebelumnya seperti Behaviourism, Cognitivism dan Constructivism tidak memenuhi sifat pengajian dalam zaman digital kini. Teori pembelajaran dahulu dibangunkan semasa “ pekembangan maklumat secara perlahan” ia amat berbeza era digital kini dimana maklumat perkembang dengan pantas seperti bendalir. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh guru dalam teori ini adalah membiasakan pelajar dalam penggunaan internet dengan memberi bahan PdP dalam bentuk 'Computer Assisted Interaction'. Selain itu, memberi bimbingan kepada pelajar untuk memuat naik atau memuat turun maklumat bagi perkongsian ilmu dalam rangkaian.
Manfaat yang boleh diperolehi dengan aplikasi teori 'connectivism' di antara guru dengan guru yang lain ialah dengan cara perkongsian ilmu. Misalnya, dalam penyediaan bahan pembelajaran dan kertas ujian. Dengan kemudahan yang ada dalam aplikasi atas talian guru-guru boleh berkongsi bahan pengajaran dan berbincang menggunakan aplikasi atas talian tanpa perlu berjumpa. Contoh dalam kemudahan yang disediakan dalam ‘google doc’ guru-guru boleh bermesyuarat atas talian dalam pembinaan kertas ujian atau penyediaan bahan pembelajaran. Maka bahan yang dihasilkan bukan sahaja untuk keperluan individu malah boleh dikongsi dengan sebarapa banyak rakan-rakan guru yang lain.
Pada pandangan saya tentang keempat-empat teori yang telah dibincangkan, saya lebih menekankan kepada teori 'connectivism' terutamanya bagi kursus Teknologi Maklumat. Hal ini kerana teori 'connectivism' ini lebih sesuai digunakan dalam kursus Teknologi Maklumat lebih-lebih lagi pada pembelajaran abad ke-21 ini. Dengan ini pelajar dapat berhubung dengan guru serta rakan pelajar yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat atau menunggu hari persekolahan untuk menerima maklumat dari guru atau rakan pelajar. Oleh itu, dengan wujudnya teori ini ia dapat mengubah cara pembelajaran dalam bilik darjah dengan guru menjadi sebagai pencetus idea dan fasilitator. Pelajar akan berusaha mencari maklumat dan berbincang dengan rakan-rakan yang lain. Maka, perbincangan tidak akan menjadi terhad di dalam bilik darjah kerana kemudahan rangkaian telah disediakan. Dengan perkongsian idea dan maklumat ini pembelajaran tidak akan menjadi secara individu tetapi dalam satu rangkaian.
Selain itu, bagi subjek Bahasa Melayu pula teori yang akan saya gunakan adalah teori konstruktivisme dimana teori ini menekankan tentang pembinaan pengetahuan oleh pelajar dimana pelajar dapat membina pengetahuan tentang topik dipelajari dengan cara mengaitkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada. Maka, pelajar-pelajar mudah untuk membina karanagn atau ayat berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka. Oleh hal demikian sebagai guru peranan yang boleh dilaksanakan bagi teori ini adalah menyediakan aktiviti yang berbentuk "hands on" dan "minds on", penerangan guru hendaklah jelas dimana ia selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar serta mengadakan gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti.