top of page
Marble Surface

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT 

Kem CSR SK Bukit Kuantan 2016

Sewaktu saya di peringkat Diploma saya dan rakan kos saya telah mengadakan satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Kuantan. Dalam kem CSR ini saya telah menawarkan diri untuk menjadi fasilitator dan juga fotografer. Kem ini telah banyak mengajar saya tentang bagaimana untuk berhubungan dengan pihak sekolah , pelajar dan ibu bapa. Saya sangat seronok menganjurkan program CSR ini.

PEFest 2018 

Program Pendidik Entreprenuer Festival 2018 atau PEFest 2018  merupakan satu program yang pernah saya dan rakan kos yang lain anjurkan ketika di semester 1 peringkat Degree di UUM. Saya merupakan exco keusahawanan di bawah pengurusan pendidikan. Oleh itu, program ini merupakan satu program yang wajib dijalankan dibawah pengurusan Pendidikan atau School Of Education (SOE). Saya telah menawarkan diri untuk membuat poster kerana bagi saya ia dapat memeberi ilmu dan mengasah bakat saya lebih lagi. Saya sangat seronok menjalankan program ini kerana banyak perkara yang saya pelajari terutama mengenai keusahawanan.

e-SULAM INNOVATE 2021

SULAM adalah singkatan bagi Service Learning Malaysia – University for Society.SULAM adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti di mana nilai kredit dan jam pelaksanaan khidmat komuniti itu dikira dalam jumlah jam pelajar belajar bagi kursus yang berkaitan di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Oleh itu, setelah saya menyertai program ini akhirnya saya dan rakan kumpulan telah terpilih untuk ke peringkat akhir bagi wakil dari UUM. Di peringkat akhir ini, kami telah menjalankan satu program iaitu program menulis cerpen bagi pelajar-pelajar anak yatim di Kedah bagi memenuhi kreteria e-SULAM.   Walaubagimanapun rezeki untuk memenangi tidak menyebelahi kami tetapi ini bukan lah pengakhiran bagi kami malah ini merupakan satu permulaan yang baru bagi kami untuk mencuba dan terus mencuba lagi. Program ini banyak mengajar saya tentang komuniti walaupun ia berjalan secara atas talian. Saya berasa sangat seronok kerana dapat mempelajari perkara baru. 

bottom of page