
Pada abad ke-21 ini penggunaan teknologi ICT telah berkembang dengan pesatnya dan hal ini telah memangkinkan dalam penggunaan e-Portfolio. e-Portfolio ini telah mendapat tempat dalam pelbagai bidang lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan. Hal demikian kerana ianya telah dibina untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna untuk berkongsi atau menyampaikan sesuatu perkara. Oleh itu, para guru, pelajar dan pentadbir mudah untuk mengakses e-Porfolio yang telah dihasilkan sebagai rujukan. Maka, sepanjang proses dalam membangunkan e-Portfolio saya ini, saya mulai sedar akan kepentingan membangunkan e-Portfolio lebih-lebih lagi sebagai bakal guru Teknologi Maklumat. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya iaitu Dr. Siti Nazuar Sailin kerana telah membuka mata saya serta telah banyak memberi tunjuk ajar dalam membangunkan e-Portfolio ini.
Pada post yang lepas saya ada berkongsi berkaitan dengan pembangunan e-Portfolio. Dalam catatan blog tersebut, saya telah menggunakan rangka kerja PRO-Tep sebagai rujukan dalam membangunkan e-Portfolio ini. Hal ini kerana rangka kerja PRO-Tep ini mempunyai elemen-elemen yang dapat saya hasilkan e-Portfolio yang baik. Misalnya, saya dapat tahu dalam pemilihan bahan-bahan, warna, saiz font dan sebagainya. Maka, rangka kerja PRO-Tep ini telah memudahkan kerja saya dalam menghasilkan e-Portfolio yang menarik dan saya sebagai bakal guru dapat berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengalaman serta pengetahuan saya. Dalam pada masa yang sama juga ia dapat mempromosikan diri saya sendiri sebagai guru. Hal ini kerana e-Portfolio ini merupakan salah satu cerminan diri kita sebagai pembina e-Portfolio. Oleh itu, ini dapat memberikan refleksi mengenai pembelajaran saya, perkara yang telah saya kuasai dalam sesuatu bidang serta pengalaman. Justeru, ini dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada pengunjung. Dalam pada masa yang sama juga, sebagai bakal guru bahan-bahan yang telah saya kongsikan dapat membantu pelajar serta guru dalam meningkatkan pembelajaran abad ke-21. Maka, ini dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam penggunaan ICT di mana ia sejurus dengan hasrat KPM.
e-Portfolio ini sebenarnya dapat memudahkan saya untuk menyusun dan mengumpul mengenai hal-hal yang berkaitan dengan peribadi dan dapat mendisiplinkan saya dalam menunjukkan bukti-bukti seperti sijil yang berkaitan dengan peribadi. Selain itu, e-Portfolio ini mempunyai kaedah pengurusan pengetahuan yang sistematik di mana bahan-bahan yang dihasilkan beberapa tahun lalu masih lagi dapat di simpan dalam e-Portfolio ini. Maka, ia mudah untuk pengunjung melihatnya dan membuat rujukan. Seterusnya, e-Portfolio ini juga dapat di jadikan sebagai resume kerana terdapat latar belakang saya. Maka, secara tidak langsungnya e-Portfolio ini sangat berguna kepada saya untuk masa hadapan lebih-lebih lagi ketika saya ingin meminta pekerjaan, saya hanya memberikan link e-Portfolio ini sahaja sebagai rujukan.
Justeru, banyak perkara serta nilai yang telah saya pelajari ketika menghasilkan e-Portfolio yang bermanfaat dan berinformasi ini. Pembangunan e-Portfolio dengan berpandukan PRO-Tep ini dapat mengajar serta meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran saya. Akhir kata, insya-Allah saya akan sentiasa mengemaskini bahan-bahan yang saya kongsikan dan saya akan sedaya upaya menyediakan elemen pengajaran dan pembelajaran yang seiring dengan masa kini serta mengadakan kolaborasi bersama guru-guru hebat. Insya-Allah.
Comments